Sering dikhabarkan menjadi seorang wanita itu banyak pengorbanannya.Liku hidupnya juga sangat mencabar.Apa yang didedahkan ialah kesusahan seorang ibu itu melahirkan anak,tapi tahukah anda sebenarnya wanita mengalami keperitan yang lebih dari itu?

Jom kita baca..

Tapi di bawah ini,ada yang semua wanita alami,ada yang sebahagiannya sahaja yang mengalaminya-bergantung kepada masing-masing.

1. Mengalami sindrom kemurungan ketika kali pertama datang haid

2.Disusuli dengan sakit senggugut yang kuat sehinggg ada yang demam,tak boleh berjalan dan terpaksa buat macam-macam bagi menghilangkan kesakitan.Sakit senggugut ini tak sama kepada setiap orang.Ada yang makan panadol pun tak berkesan.

3.Menghadapi debaran malam pertama-sakit ketika kali pertama bersama dengan suami

4. Mengalami alahan yang teruk ketika mengandung dan banyak perubahan yang perlu diterima,antaranya berat badan semakin bertambah,selera makan hilang,sakit pinggang,sakit belakang dan macam -macam lagi.

5. Sakit nak bersalin.Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya ketika hendak melahirkan.Ibarat sedang bertarung nyawa.

6.Baru hilang sakit bersalin,kena jahit pula – ada yang fobia dan trauma sehingga tak nak bersalin.Apa pun bukan semua begitu,kadang-kala bila dapat lihat wajah bayi yang selama ini di dalam perut,hilang segalanya.

7.Ada wanita yang selepas bersalin akan terkena “rengat”.Rengat ini sakitnya macam nak bersalin,akibat pengecutan rahim dan semakin anak bertambah,semakin kuat sakitnya.Tuhan sahaja yang tahu.Sudahlah baru lepas bersalin,kena rengat pula.Bersyukurlah wanita yang tak kena.

8. Selepas pantang,wanita akan mula risau saat pertama kali nak bersama dengan suami kembali.Apa tidaknya,kesakitan di bahagian luka yang dijahit itu bukan terus hilang begitu sahaja,lebih-lebih lagi bagi wanita yang melahirkan anak sulung @ yang jahit banyak.Ada wanita yang ambil masa 6 bulan – 1 tahun akibat fobia yang melampau.Masalah ini boleh diatasi.

9. Apabila diuji dengan kehilangan anak dilahirkan @ kematian- sesuatu yang sukar digambarkan.Kasih sayang ibu tiada taranya.Apa tidaknya,9 bulan mereka mengandungkan anak itu,merasai pelbagai kesusahan,kemudian anugerah itu ditarik balik.Apa pun perlu terima ketentuan Ilahi,anggaplah anak syurga itu sedang menanti kita di sana.

10. Pasangan yang dipercayai curang dalam diam.Ini adalah satu pengkhianatan yang sukar diterima oleh seorang wanita dalam hidupnya.Belajarlah untuk menghargai wanita sementara mereka masih ada di dunia ini.Bayangkan jika anda di tempat wanita tersebut,sanggupkah anda terima?