Assalamualaikum..

Dalam entri kali ini,saya kongsikan sedikit tip untuk memupuk amalan membaca di kalangan kanak-kanak.Saya tulis dalam bentuk point kerana tidak mahu meleret-leret.InsyaAllah jika ada masa nanti,bolehlah saya tulis panjang-panjang pula 🙂

Tip budayakan amalan membaca di kalangan kanak-kanak

* seawal dalam kandungan ibu sudah mula membaca buku


* ketika bayi, bacakan buku cerita


* sampai satu masa jika anak sudah boleh membaca, galakkan sentiasa mereka agar membaca buku


* anak yang pandai membaca boleh bacakan buku kepada anak yang belum pandai membaca dengan pantauan dari ibu/bapa


* selepas membaca buat sedikit ulasan, soal jawab, maksud perkataan dan moral cerita

*letakkan buku di tempat yang mudah anak anda capai

*buat sesi membaca bersama-sama


*pastikan ada ruang/sudut membaca @ perpustakaan mini di rumah yang ceria dan praktikal


*pergi beli buku sama-sama, bagi ruang untuk anak pilih dan terangkan jika ada buku yang tak sesuai-sebab apa


*ibubapa mesti tunjuk contoh, bermakna perlulah suka membaca dulu-kalau tak macam ketam nak ajar anak berjalan lurus


*ceritakan selalu kelebihan orang yang suka membaca dan faedah yang diperolehi

*sentiasa berdoa agar anak-anak suka membaca,sentiasa menambah ilmu, cintakan Allah, rasul dan agama

#insyaallah anak jadi ulat buku bukan kutu rayau

============================================

Ini koleksi terkini kami sempena cuti sekolah
Tidak ketinggalan untuk ke Big Bad Wolf di The Mines Sri Kembangan dan Expo Buku di PWTC.

Ibu bapa perlu sering bawa anak dan beli buku bersama

Ibu bapa perlu sering bawa anak dan beli buku bersama

Nor Fazilah Abd Mohd