Berikut adalah 4 tahap mendidik anak yang disarankan oleh Rasulullah saw

1. Umur 0-6 Tahun

Kita hendaklah banyak bergurau.membelai dan memanjakan mereka dengan penuh kasih sayang.Jangan sesekali merotan mereka bila melakukan kesalahan.

2. Umur 7 -14 Tahun

Kita hendaklah mendidik mereka mendengar arahan,disiplin dan beri tanggungjawab.Didik mereka tentang solat,puasa dan ibadah.

3. Umur 15-21 Tahun

Kita hendaklah mendidik mereka dengan cara berkawan,saling bertukar pendapatt dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4.  Usia 21 Tahun ke atas

Ibu bapa hendaklah memberi mereka kebenaran bertindak sendiri selagi tidak bertentangan dengan syarat Islam. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

“Dan ketahuilah bahawa hartamu,dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar. ”

Surah Al Anfal :28