Author: Nor Fazilah Abd Mohd

10 Sebab doa tidak diterima Allah swt

:: 10 Sebab doa tidak diterima oleh Allah swt :: 1- Kalian mengenali Allah tetapi tidak memenuhi hak-hak-Nya 2- Kalian banyak membaca al Quran tetapi tidak mahu mengamalkannya. 3- Kalian mengaku mencintai Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya 4- Kalian mengaku menjadi musuh syaitan,tetapi kalian mentaatinya 5- Kalian memohon keselamatan daripada seksaan api neraka,tetapi kalian memasukkan sendiri diri kalian ke dalamnya 6- Kalian berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga tetapi kalian enggan melakukan perkara yang dapat menuju kepadanya. 7- Kalian tahu ada kematian,tetapi kalian tidak mempersiapkan diri bagi menemuinya 8 -Kalian sibuk dengan keaiban orang tetapi kalian tidak menghiraukan keaiban diri sendiri 9- Kalian banyak memakan nikmat Tuhan,tetapi kalian tidak mensyukurinya 10- Kalian selalu mengikuti upacara pengkebumian jenazah tetapi kalian tidak pernah mengambil iktibar daripadanya ========================= Tiga golongan yang doanya tiada hijab ========================= #1 – Orang yang berpuasa sehingga berbuka #2 – Pemimpin negara yang adil #3 – Orang yang teraniaya Riwayat at...

Read More

Wahai suami,dekatilah anak-anakmu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sering kali kita mendengar cerita, anak lebih rapat dengan ibu, insan yang melahirkan mereka. Sikap wanita yang lebih penyayang, ambil berat, mampu menasihati dengan baik selain beberapa perkara membuatkan anak rapat dengan ibunya. Lelaki yang juga suami dan bapa kerap kali dilihat agak renggang dengan anak-anak kerana sikap mereka yang agak tegas. Ðalam Islam telah nyata dan jelas bahawa peranan mendidik anak bukan hanya kewajipan mutlak para isteri dan ibu sahaja. Seperti yang terkandung dalam dalam al-Qur’an banyak kisah-kisah yang menceritakan besarnya peranan suami sebagai ayah dalam pendidikan anak. Salah satu contoh yang paling jelas...

Read More

Kemahiran Keibubapaan

MEMANG ilmu keibubapaan amat penting. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kemahiran ini perlu disesuaikan dengan situasi terkini supaya ibu bapa tahu pendekatan terbaik untuk mendidik anak-anak.   Ini berikutan isu pengabaian, penderaan, penganiayaan emosi semakin menular dalam kalangan remaja hari ini menjadi satu situasi yang amat membimbangkan.   Perkara ini diakui oleh Pakar Keluarga dan Kasih-Sayang, Profesor Dr. Rozieta Shaary yang lebih suka dikenali sebagai Ibu Rose ketika bertemu dengannya di pejabat beliau di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.   Menurut Ibu Rose, beliau sendiri baru saja saja menonton video tentang sekumpulan remaja di Amerika Syarikat yang menumbuk orang yang lalu lalang seperti dalam permainan video Knock-Out tanpa rasa simpati.   “Ini jelas menunjukkan remaja di negara tersebut semakin terhakis nilai-nilai murni. Mangsa diperlakukan sesuka hati mungkin dengan niat si pelakunya sengaja ingin menunjukkan kehebatan kepada rakan-rakan lain.   “Sebenarnya jika dikaji pengabaian terhadap perlakuan remaja itu sendiri sebenarnya telah bermula sejak mereka kecil. Kekangan masa ibu bapa dengan anak-anak, anak dihantar ke pusat asuhan yang tidak mementingkan pendidikan positif dan tidak menggunakan masa berkualiti dengan anak-anak dikenal pasti antara puncanya.   “Sebenarnya untuk membesarkan anak-anak memerlukan bukan hanya ibu bapa malah komuniti juga,” katanya.   Atas sebab itu juga beliau terpanggil menganjurkan sebuah Konvensyen Ibu Bapa Penyayang 2013 bertajuk Bina Kemahiran Keibubapaan, Didik Anak Jadi Cemerlang, Elak Anak Derhaka.   Menurut Ibu Rose, ilmu dan kemahiran keibubapaan...

Read More

Selamat Datang ke blog keibubapaan khas buat Muslim

Assalamualaikum Terima kasih kerana sudi ke blog yang baru sahaja ditubuhkan ini.Ini adalah tulisan pertama saya di sini 🙂 Sebelum ini saya banyak berkongsi tip,cerita dan pengalaman keibubapaan di facebook,dan baru-baru ini saya terdetik untuk merealisasikan impian saya sekian lama untuk memiliki web keibubapaan sendiri agar boleh berkongsi dengan lebih ramai orang.Agak lama saya merancang ,tapi kesibukan menguruskan blog-blog saya yang lain membataskan masa saya. Saya harap saya dapat berkongsi lebih banyak info di dalam blog ini,sama ada dari sumber lain,mahupun dari penulisan saya sendiri.Saya membuat blog ini,bukan bererti saya bagus sangat dalam hal keibubapaan,cuma sekadar berkongsi sedikit pengetahuan....

Read More