Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi ke blog yang baru sahaja ditubuhkan ini.Ini adalah tulisan pertama saya di sini 🙂

Sebelum ini saya banyak berkongsi tip,cerita dan pengalaman keibubapaan di facebook,dan baru-baru ini saya terdetik untuk merealisasikan impian saya sekian lama untuk memiliki web keibubapaan sendiri agar boleh berkongsi dengan lebih ramai orang.Agak lama saya merancang ,tapi kesibukan menguruskan blog-blog saya yang lain membataskan masa saya.

Saya harap saya dapat berkongsi lebih banyak info di dalam blog ini,sama ada dari sumber lain,mahupun dari penulisan saya sendiri.Saya membuat blog ini,bukan bererti saya bagus sangat dalam hal keibubapaan,cuma sekadar berkongsi sedikit pengetahuan.

Saya suka membaca buku-buku “parenting” dan sedang melalui pengalaman indah sebagai seorang ibu kepada 4 orang anak yang sedang membesar dari umur 3 – 8 tahun dan bakal menimang seorang lagi anak yang akan dilahirkan pada Mac tahun depan insyaAllah.Banyak yang saya lalui,dan saya cuba nikmati saat itu.Walaupun kadang-kadang apa yang kita inginkan dan rancang untuk anak-anak tak terlaksana,tapi saya tak nak berputus asa di dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menjadikannya satu realiti.

Banyak yang saya akan kongsikan di dalam blog ini nanti,antaranya,tip dan panduan keibubapaan,buku-buku yang boleh dijadikan rujukan,perkongsian pengalaman dan tip dari facebook (rugi jika tidak diabadikan di dalam blog),tip ibu bapa islam,tulisan pakar dan catatan pengalaman sendiri dan orang lain.

Sehingga berjumpa lagi
Saya mengalu-alukan jika ada sebarang cadangan atau komen dari anda 🙂

Wassalam ~

welcome