Ada sesetengah orang, hidupnya sempit berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun kahwin masih hidup susah dan melarat, nak kata pemalas tidak juga, kerjanya kuat, dari pagi sampai ke tengah malam, tapi rezekinya tetap tidak bertambah-tambah, hutangnya keliling pinggang. Cuba berniaga, 10 kali cuba, 10 kali lingkup..

Mengapa ya? Adakah ini dinamakan ujian hidup?

Menurut Ustaz Yusuf Mansur, di dalam hidup ini ada 2…. Pertama di panggil “ujian” dan kedua ialah “azab” yang Allah berikan.

Jika “Ujian”, ubatnya adalah “SABAR”. Dengan sabar, insyallah kita akan dapat mengharungi ujian tersebut dan akhirnya, pasti kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Ujian ini tidak lama, selalunya sekejap sahaja.. mungkin 1-2 tahun, paling lamapun mungkin 7 tahun. (Nabi Ayub adalah nabi yang paling sabar di uji Allah dengan penyakit kulit selama 7 tahun).

Tapi, jika sudah 10, 15 atau 20 tahun hidup, tapi kehidupannya tak pernah nak senang, rezekinya sempit sentiasa.. boleh jadi, ianya bukan lagi “ujian”, tetapi “azab”.

Azab dari Allah, disebabkan dosa-dosa besar yang mungkin pernah dilakukan. Antara 10 dosa besar yang menghalang rezeki Allah ialah..

1. Syirik (mensekutukan Allah SWT.)
2. Meninggalkan solat wajib
3. Derhaka kepada orang tua
4. Zina
5. Memakan rezeki haram
6. Minum arak
7. Memutus tali silaturrahim
8. Bersaksi palsu (bohong, dusta)
9. Kedekut (tidak mahu sedekah)
10. Ghibah (menceritakan aib orang lain)

Cara untuk melepasi dari situasi azab ini bukanlah dengan cara “SABAR”.. tetapi dengan cara “TAUBAT”.

Buatlah solat sunat taubat selalu..

Insyallah, jika kita benar-benar bertaubat.. Allah akan ampuni segala dosa-dosa kita, dan selepas itu, barulah pintu rezeki akan dibuka seluas-luasnya kepada kita.

Wallahhuallam…

– Mohd Suhaimi