Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati unta ada sifat-sifat terpuji yang harus diikuti oleh manusia, antaranya (secara ringkas) ialah:

1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu dia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan. Justeru, manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.

2. Unta mentaati tuannya, oleh sebab itu dia senang dipelihara. Justeru, manusia kena taat Tuhan dan mudah amalkan agama.

kelebihan dan sifat terpuji unta

3. Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu dalam hukum fiqh jika ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk diiklankan kecuali unta sebab unta akan tahu sendiri jalan pulang. Justeru, manusia kena kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat maka sentiasa beramal untuk akhirat.

4. Unta tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan manusia kerana sikap malu yang tinggi, bahkan jika dia tahu ada manusia yang intai waktu dia mengawan maka dia akan marah dan mungkin akan bunuh orang tersebut. Justeru, manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi, bukan senang-senang buat maksiat depan khalayak orang, bahkan ada manusia yang lebih teruk dari binatang dalam bab ni hingga tak malu bercumbu-cumbu di hadapan orang.

5. Unta tidak akan berkongsi bini macam binatang lain. Justeru, manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga.

6. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling, jika musim sejuk maka kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Justeru, manusia harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.

7. Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat. Justeru, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun bagi umat.

Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh disyarahkan dan ditafsirkan dari sikap-sikap unta untuk renungan manusia. Apa yang dah diberi tu pun cukup sebagai pengajaran buat manusia yang sering bongkak dan sombong terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah swt. Kita sebagai manusia harus mensyukuri nikmat Allah bukannya merasakan diri kita lebih bagus. Dan semoga kita mengambil manfaat daripada sifat-sifat kejadian unta

http://tajdid-dakwah.blogspot.com/2010/05/hikmah-dan-kelebihan-unta.html