MEMANG ilmu keibubapaan amat penting. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa kemahiran ini perlu disesuaikan dengan situasi terkini supaya ibu bapa tahu pendekatan terbaik untuk mendidik anak-anak.

 

Ini berikutan isu pengabaian, penderaan, penganiayaan emosi semakin menular dalam kalangan remaja hari ini menjadi satu situasi yang amat membimbangkan.

 

Perkara ini diakui oleh Pakar Keluarga dan Kasih-Sayang, Profesor Dr. Rozieta Shaary yang lebih suka dikenali sebagai Ibu Rose ketika bertemu dengannya di pejabat beliau di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

 

Menurut Ibu Rose, beliau sendiri baru saja saja menonton video tentang sekumpulan remaja di Amerika Syarikat yang menumbuk orang yang lalu lalang seperti dalam permainan video Knock-Out tanpa rasa simpati.

 

“Ini jelas menunjukkan remaja di negara tersebut semakin terhakis nilai-nilai murni. Mangsa diperlakukan sesuka hati mungkin dengan niat si pelakunya sengaja ingin menunjukkan kehebatan kepada rakan-rakan lain.

 

“Sebenarnya jika dikaji pengabaian terhadap perlakuan remaja itu sendiri sebenarnya telah bermula sejak mereka kecil. Kekangan masa ibu bapa dengan anak-anak, anak dihantar ke pusat asuhan yang tidak mementingkan pendidikan positif dan tidak menggunakan masa berkualiti dengan anak-anak dikenal pasti antara puncanya.

 

“Sebenarnya untuk membesarkan anak-anak memerlukan bukan hanya ibu bapa malah komuniti juga,” katanya.

 

Atas sebab itu juga beliau terpanggil menganjurkan sebuah Konvensyen Ibu Bapa Penyayang 2013 bertajuk Bina Kemahiran Keibubapaan, Didik Anak Jadi Cemerlang, Elak Anak Derhaka.

 

Menurut Ibu Rose, ilmu dan kemahiran keibubapaan perlu digunakan sejak dari anak itu kecil dengan mengajar nilai dan prinsip murni kepada anak-anak menerusi contoh teladan yang baik.

 

“Situasi anak-anak memaki hamun ibu bapa memanglah tidak berlaku sewaktu anak itu kecil. Tetapi sama ada kita sedar atau tidak ramai ibu bapa gagal membina emosi dan akal anak dengan baik. Lantaran anak yang dilahir hebat tersasar menjadi sampah masyarakat.

ib 1

 

“Atas dasar ini saya terpanggil menganjurkan seminar keibubapaan ini yang bakal berkongsi ilmu dan pengalaman bersama barisan panel pakar terkemuka seperti Profesor Dr. Muhaya Mohamed, Dr. Irfan Khairi, Dr. Lawrence Walter Ng. selaku pengasas program Luar Biasa Mental Warrior, Pengasas program Law Of Universal Attraction, Zuhairi Nopiah dan ramai lagi.

 

Konvensyen dua hari bermula 28 hingga 29 Disember ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines, Kuala Lumpur.

 

Antara topik yang akan dibentangkan ialah Anda Adalah Penting Kepada Dunia dan Serlahkan Kehebatan Anda, Membina Keluarga Yang Berjaya dan Bahagia Melalui Hukum Tarikan, Bagaimana Ibu Bapa Boleh Mendidik Anak Menjadi Luar Biasa dan pelbagai topik lagi.

 

“Satu sesi yang tidak harus dilepaskan ialah perkongsian kisah ibu berkarier, Sharmini Hensen pengasas SistasNetwork. Dimana anak-anaknya dididik dengan baik walau dirinya itu ibu tunggal dan bSumber : Utusan Online , 5 Disember 2013