:: Panduan terbaik mendidik anak lelaki ::


Islam menitikberatkan kepada pentingnya peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak, tidak kira samada anak lelaki ataupun perempuan. Seperti mana hadis Rasulullah S.A.W, ” Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi Nasrani, Yahudi ataupun Majusi”. Daripada hadis ini, s udah jelas lagi terang, itulah tanggungjawab sebagai ibu bapa yang perlu digalas dengan penuh amanah dalam membawa anak-anak ini mengenal Allah yang menciptaNya.

Namun demikian, terdapat perbezaan dalam mendidik anak lelaki dan juga perempuan. Tidak dinafikan, ibubapa memang mempunyai peranan yang berbeza dalam mendidik anak-anak, khususnya bapa dalam memberikan perhatian dan bimbingan yang Islamik secara berterusan kepada anak khasnya anak lelaki. Antara didikan utama untuk anak lelaki adalah seperti berikut :

 

Walaubagaimanapun, menurut Dr. Harlina Halizah Siraj atau lebih dikenali sebagai Dr. Har, Naib Presiden Jemaah Islam Malaysia (JIM) antara peranan ibubapa dalam mendidik anak lelaki ialah :

1. Peranan Bapa

  • Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih dibawah umur 5 tahun.
  • Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.
  • Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) diantara bapa dan anak.
  • Kebiasaannya bapa adalah idola atau ‘role-model’ kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.
  • Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.

2. Peranan ibu

  • Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.
  • Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaj. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.
  • Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.
 

Semoga kita sebagai ibubapa, memberikan yang terbaik dalam mendidik anak-anak tak kira samada lelaki ataupun perempuan. InsyaAllah di entri lain nanti, saya akan kongsikan pula panduan mendidik anak perempuan.

Kredit : noraziramohamed.blogspot.com