Assalamualaikum wbt..

Dan salam perkenalan…

Melalui page ini anda akan mengenali siapakah saya.Saya cuma insan biasa sama seperti orang lain juga πŸ™‚

Saya mulakan dari awal.Nama saya Nor Fazilah Abd Mohd,rakan-rakan memanggil saya Fazilah,ada juga yang memanggil saya Ila @ Ilah.Saya merupakan anak sulung dari dua beradik dan adik saya lelaki.Bermakna ibubapa saya cuma mempunyai sepasang anak sahaja πŸ™‚

Umur saya kini (2013) ialah 31 tahun dan saya menamatkan zaman bujang saya ketika berumur 23 tahun dan pada tahun yang sama saya dikurniakan anak sulung lelaki yang kini berumur 8 tahun.Suami saya mempunyai ramai adik beradik iaitu 8 orang dan 4 orang adik beradik tiri = 12 orang.Beliau juga merupakan anak yang sulung untuk perkahwinan ibu dan bapa mertuaΒ  saya.Nampak seperti dua-dua panas sahaja sebab sama-sama anak sulung πŸ™‚
Saya tidak percaya sangat bila orang kata anak sulung ini panas,walaupun ada kebenarannya kadang-kadang.Tapi semuanya atas “mindset ” kita,dan jika benar,kita mampu mengubahnya πŸ™‚

Hasil dari perkahwinan saya,kini saya akan menimang cahaya mata yang ke 5 pula tidak lama lagi,dan mengikut perancangan,cukup sudah kuota anak.Saya perlukan masa untuk menggapai impian dan menyediakan anak-anak sedia ada untuk zaman mereka.

Maklum sahaja,zaman ini semakin mencabar dan perlukan kita menjadi seorang yang sentiasa peka dengan perubahan dan bertindak mengikut situasi.Tak dinafikan,saya sendiri merasa bahangnya dalam mendidik anak-anak,terlalu banyak anasir luar yang mengganggu.Apa pun,pastikan kita sentiasa ingat kepada Allah swt dan mintalah kepada-Nya agar kita tidak tergelincir.

Sebagai Muslim,kita harus sedar yang kita (ibu bapa) ini adalah guru yang pertama buat anak-anak.Anak-anak adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah swt kepada kita,maka seharusnya kita perlu ada ilmu yang mantap agar dapat mendidik anak-anak tersebut mengikut acuan Islam.

Elakkanlah dari menyerah sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru agama atau guru sekolah mereka.Sekurang-kurangnya,berilah mereka asas ilmu agama dan ilmu fardhu ain untuk bekalan mereka melangkah ke alam remaja.Dan dari semasa ke semasa,pastikan anak-anak kita ini sentiasa dipantau dan diberikan panduan dalam menjalani hidup yang semakin mencabar.

Saya menasihati anda bukanlah kerana saya terlalu sempurna,saya juga sentiasa dalam proses belajar,belajar dan terus belajar.Saya juga kadangkala gagal dengan strategi yang saya rancang,tapi saya tidak putus asa untuk mencuba cara lain pula sehingga menjumpai formula yang terbaik.

Luangkanlah masa dengan anak-anak,dan dengarkanlah suara hati mereka.Sesibuk mana pun kita,anak-anak jangan diabaikan.Merekalah aset kita yang paling berharga.Bagaimana kita menjaga dan mendidik mereka semasa kecil,begitulah yang kita akan dapat bila kita sudah tua nanti.Bukanlah bererti kita perlu mengharapkan balasan dari anak kita kelak,niatlah semuanya kerana Allah swt agar ada keberkatan dan rahmat dari -Nya.

Dari pemerhatian saya,kes-kes buang ibu bapa kebanyakannya dari kalangan ibu bapa yang mengabaikan pendidikan agama kepada anak-anak semasa mereka kecil.Jadi salah siapakah sebenarnya?
Dalam televisyen,radik mahupun laman sosial,para penceramah menghentam anak-anak yang dikatakan derhaka kepada ibu bapa,dan hanya menekankan hak ibu bapa yang perlu ditunaikan oleh seorang anak,namun berapa ramai penceramah@pendakwah yang cuba menyedarkan ibu bapa itu sendiri dalam mendidik anak-anak di peringkat awal?

Saya percaya,sekiranya ibubapa mendidik anak-anak dengan baik ketika mereka kecil,insyaAllah anak-anak ini akan membesar menjadi anak-anak yang baik bila dewasa kelak dan mustahil mengabaikan dan derhaka kepada orang tuanya.

Banyak yang saya hendak tulis,tapi biarlah setakat ini.

Sekian dulu celoteh dari saya,jumpa lagi di catatan akan datang.

Dari hati ,

Nor Fazilah Abd Mohd
Hamba Allah,Ibu ,Isteri ,Guru,penulis,usahawan,internet marketer dan mentor emas