rezeki-blog-ibu-bapa-islam-cemerlang

 

-Peringatan untuk diri anda yang mudah lupa-

TENTANG REZEKI

Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam-macam cara. Tayar motor pancitlah, kereta rosak, duit kena curilah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini dan macam-macam lagi. Itulah hakikatnya.

 

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. Maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja di tempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

 

Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

 

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos di tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan-kawan tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

*Jom fikir luasnya rezeki.*

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

 

Demikian Allah SWT membahagikan rezeki-Nya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada di mana-mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

rezeki-yang-anda-tak-tahu-ibu-bapa-islam-cemerlang

Pesanan ini ditujukan khas buat anda, ikhlas dari:

Minyak Herba Asma Mujarab Sdn. Bhd.